MASA
Pada minggu ini aku diberikan kebebasan untuk memilih tajuk buat kali kedua dan aku membuat keputusan untuk bercerita sedikit tentang masa. Kenapa masa? Kerana masa itu sangat penting buat semua orang.
Dari segi masa kita dapat tahu tahap disiplin seseorang itu dalam penjagaan masa kerana orang yang berdisiplin sangat cakna dengan masa sepertimana yang dilatih di dalam askar.
Pepatah jugak ada mengatakan “Masa Adalah Emas”. Ini menunjukkan penjagaan masa sangatlah penting dan perlu diterap di dalam diri seseorang.
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menepati masa dan cuba biasakan diri elakkan pembaziran masa yang sangat berguna ini dengan benda yang tidak berfaedah.
Comments
Post a Comment