Posts

Showing posts from January, 2023

Lambat

Hi semua, aku nak kongsi satu kisah yang berlaku pada pagi selasa minggu lepas. Ini antara kisah yang agak menyedihkan diatas perbuatan aku sendiri serta rakan-rakanku. Kisahnya terjadi kerana aku serta rakan-rakanku datang ke kelas dalam keadaan lambat 20minit. Ianya berlaku kerana kesalahan aku yang diulik lena kesedapan bertemankan cuaca ukm pada awal pagi yang boleh membuatkan ramai orang ponteng kelas pagi. Disebabkan kesalahan aku serta kawan-kawanku aku didenda berdiri selama 20minit pada pagi itu, aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku akui itu semua atas kesalahan kami juga jadi kami memang patut ditimpa hukuman begitu. Selepas itu, kami memujuk Sir Azwan dengan mengajak dia makan tengahari dan belanja dia makan pada waktu tengahari itu. Alhamdulillah Sir masih boleh berbaik dengan kami. Aku harap perkara sebegini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Relationship

        Pada malam ini, aku ingin berbahas tentang “relationship” percintaan yang pasti akan dilalui oleh setiap orang didalam kehidupan seharian. Relationship ini melibatkan hati dari dua belah pihak dan perlukan kepercayaan serta kejujuran dari kedua-dua belah pihak. Relationship ini akan menjadi lebih baik jika benda ini ada didalam diri kedua-dua belah pihak.        Relationship ini akan dimulai dengan sesi suaikenal antara kedua-dua belah pihak jadi kita juga perlu beringat juga supaya berhati-hati didalam mengenal isi hati seseorang supaya kita tidak tertipu dengan perasaan orang terhadap kita. Hal ini kerana banyak orang menghadapi situasi trauma didalam percintaan ini sehinggakan ada yang sanggup tidak berkahwin sehingga usia tua. Oleh itu, kita harus lah mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam sebelum membuat langkah seterusnya.