Posts

Showing posts from December, 2022

Common sense

Aku ingin membicarakan tentang satu perkataan yang sangat penting perlu ada dalam diri seseorang. Hal ini kerana berlaku pada aku, iaitu kawan yang hari-hari menumpang kereta aku untuk kesana kesini tetapi tidak terdetik untuk selitkan duit minyak.  Ini sangat memberi kesan yang sangat besar kepada aku kerana aku juga seorang pelajar yang sedang berusaha mencari wang demi kelangsungan hidup. Aku juga membuat perkhidmatan “Grab Student” jikalau aku tidak sibuk demi mencari sesuap nasi untuk dihidangkan Aku harap hal remeh seperti ini terdetik didalam diri kawan-kawanku untuk berkongsi sedikit wang untuk mengisi minyak kereta kerana aku mungkin tidak akan menegur demi menjaga hati kawan-kawanku yang aku baru kenal selama 3-4bulan ini.

Sesal

 Sesal antara tajuk yang ingin aku bahaskan pada minggu ini dan perkara yang ingin aku ceritakan ialah sesal dengan silapku sendiri. Sikap yang suka mengambil ringan terutamanya dalam bidang pelajaran sangatlah memberi penyesalan terharap diriku yang tidak sedar akan kebodohan sendiri. Aku tidak tahu apa yang tersemat didalam otak aku pada masa itu sampaikan aku langsung tidak mengambil berat dengan ilmu yang disampaikan oleh cikgu aku pada tingkatan 1 dan tingkatan 2.  Hal ini memberi impak yang sangat besar kerana sesi pembelajaran pada tingkatan 1 dan tingkatan 2 berkenaan dengan asas untuk meneruskan pelajaranku pada tingkatan 3 dan keatas. Oleh kerana sikap malas mengambil tahu itu, aku terpaksa lebih memaksa diri untuk lebih rajin pada tingkatan 3 dan keatas kerana aku sudah banyak ketinggalan dan terlepas dengan sesi pembelajaran tingkatan 1 dan tingkatan 2. Aku harap perkara ini tidak akan berulang lagi kerana ianya memberi kesan yang negatif kepada diri sendiri

Akibat

 Tajuk yang diberi pada minggu ini ialah akibat yang dimana kita tahu kebiasaanya setiap kesalahan akan disulami dengan hukuman sebagai akibatnya. Jadi kita sebagai manusia haruslah berfikir panjang sebelum memulakan setiap langkah kerana setiap pergerakan kita akan memberi impak yang sangat besar jika kita membuat salah langkah tetapi kita juga perlu tahu yang setiap manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan yang dibuat pula kita janganlah berasa selesa serta tidak mengambil berat kerana kesilapan tersebut harus dijadikan sebagai pengajaran dan tidak patut kita mengulanginya lagi pada masa akan datang. Selain itu, kita juga jangan mudah menghukum orang yang membuat kesilapan dan menganggap penilaian kita itu sebagai akibat buatnya kerana kita tidak layak menghukum seseorang, kita hanya layak memberi nasihat pada seseorang itu.

Panik

 Situasi panik yang pernah aku lalui yang tidak pernah dapat ku lupakan ialah dimana kereta aku rosak di tol KLIA pada waktu malam dan aku bersendirian pada masa itu. Ianya berlaku dimana aku belum makan malam dan bateri telefon sudah hampir mati. situasi ini banyak memberi pengajaran dan mengajar aku erti sabar dan berdikari kerana aku perlu menamatkan situasi gentir ini berseorangan.  Pada masa itu aku tidak mempunyai pilihan untuk menyelesaikan masalah itu melainkan perlu menebal muka meminta pertolongan orang sekeliling. Aku menahan hampir 10 orang yang lalu pada masa itu demi menanya nombor telefon tukang baiki kenderaan untuk menyelesaikan masalah yang aku hadapi ini.  Pada jam lebih kurang 11malam, kereta aku sudah selesai dibaiki oleh seorang tukang baiki kenderaan yang datang dari sepang. Alhamdulillah walaupun jumlah bayaran agak mahal kerana luar waktu bekerja tetapi aku rasa sangat bersyukur kerana diberi pertolongan ketika dalam keadaan cemas seperti ini.