Posts

Showing posts from November, 2022

MASA

 Pada minggu ini aku diberikan kebebasan untuk memilih tajuk buat kali kedua dan aku membuat keputusan untuk bercerita sedikit tentang masa. Kenapa masa? Kerana masa itu sangat penting buat semua orang.  Dari segi masa kita dapat tahu tahap disiplin seseorang itu dalam penjagaan masa kerana orang yang berdisiplin sangat cakna dengan masa sepertimana yang dilatih di dalam askar.  Pepatah jugak ada mengatakan “Masa Adalah Emas”. Ini menunjukkan penjagaan masa sangatlah penting dan perlu diterap di dalam diri seseorang. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menepati masa dan cuba biasakan diri elakkan pembaziran masa yang sangat berguna ini dengan benda yang tidak berfaedah.

Pilihan

 Pertengahan November 2022 kerajaan memberi cuti yang agak panjang kepada semua IPT bagi memudahkan semua pelajar pulang ke kampung halaman bagi tujuan mengundi PRU. Oleh itu, aku yang masih muda dan pertama kali berkelayakkan untuk mengundi menerima banyak nasihat dari orang-orang tua untuk membuat pilihan yang terbaik dalam memilih calon mengundi ini. Aku yang tidak pernah cakna hal politik terus mengalami masalah untuk membuat keputusan dalam pemilihan calon ini. Hal ini demikian kerana aku rasa politik di dalam negara kita ini terlalu banyak rasuah dan penipuan dalam perebutan takhta dan mahkota.  Jadi aku membuat keputusan untuk pulang dan berbincang dengan ibubapaku tentang politik ini supaya aku tidak membuat pilihan yang salah kerana ini dapat menentukan masa depan negara kita. Setelah pulang ke rumah aku menadah telinga mendengar serba sedikit tentang politik yang berlaku di negara kita daripada ibubapaku. Setelah habis perbahasan ibubapaku tentang politik, aku duduk ...

Keberkatan Rezeki

  Pada minggu ini, aku mendapat kebebasan untuk membina satu kisah di dalam blog tanpa diberi tajuk. Maka aku membuat keputusan untuk menajukkan kisah ini sebagai Keberkatan rezeki. Mungkin sesetengah orang menganggap keberkatan rezeki ini tidak penting, tapi bagi aku keberkatan sangatlah penting didalam rezeki lagi-lagi kepada peniaga-peniaga yang mencari rezeki diluar sana.   Ini juga berlaku kepada diri aku sendiri dimana sebelum aku menyambungkan pelajaran aku di UKM aku bekerja selama setahun dan pada setiap bulan aku akan menerima gaji. Pada aku, gaji yang aku menerima itu tidaklah banyak seperti mana orang-orang lain terima nak dibandingkan dengan aku. Akan tetapi, rezeki yang tuhan beri “Alhamdulillah” gaji itu sangat cukup untuk aku menampung keperluan dan serta kehendak nafsu aku yang sentiasa membuak-buak dahagakan sesuatu. Dari itu, aku boleh nampak yang jika rezeki yang kita perolehi dengan cara halal serta berkat. Maka duit yang kita perolehi itu akan sentiasa ra...

Mula

            25/10/2022 adalah tarikh mula untuk menentukan sama ada aku dapat melanjutkan pelajaran aku ke ijazah sarjana muda atau tidak. Pada tarikh tersebut juga adalah tarikh aku berkumpul dengan rakan-rakan seperjuangan semasa diploma kerana adanya aktiviti raptai bagi konvokesyen Politeknik Muadzam Shah Pahang. Tepat sahaja jam 12 tengahari semasa kami berkumpul di dalam dewan semasa mendengar taklimat raptai, keputusan UPU mula berkeliaran di kaca telefon bimbit masing-masing dan menjadi bahan bualan pada masa itu. Masing-masing sudah tidak fokus dengan taklimat terus kerana semuanya sedang leka menyemak keputusan dan juga bertanya kepada rakan-rakan tentang nasib masing-masing. Mungkin pada saat itu, degupan jantungku bertukar daripada rasa takut kepada rasa gembira kerana aku dapat melanjutkan pelajaran ijazah sarjana muda aku di UKM.              Aku tersenyum pada kaca telefon bimbit ku dengan keputusan yang aku...