Pilihan
Pertengahan November 2022 kerajaan memberi cuti yang agak panjang kepada semua IPT bagi memudahkan semua pelajar pulang ke kampung halaman bagi tujuan mengundi PRU. Oleh itu, aku yang masih muda dan pertama kali berkelayakkan untuk mengundi menerima banyak nasihat dari orang-orang tua untuk membuat pilihan yang terbaik dalam memilih calon mengundi ini. Aku yang tidak pernah cakna hal politik terus mengalami masalah untuk membuat keputusan dalam pemilihan calon ini. Hal ini demikian kerana aku rasa politik di dalam negara kita ini terlalu banyak rasuah dan penipuan dalam perebutan takhta dan mahkota.
Jadi aku membuat keputusan untuk pulang dan berbincang dengan ibubapaku tentang politik ini supaya aku tidak membuat pilihan yang salah kerana ini dapat menentukan masa depan negara kita. Setelah pulang ke rumah aku menadah telinga mendengar serba sedikit tentang politik yang berlaku di negara kita daripada ibubapaku. Setelah habis perbahasan ibubapaku tentang politik, aku duduk dan berfikir serta membuat keputusan sendiri didalam membuat pilihan calon perdana menteri kita.
Setelah tiba esok harinya, aku bergerak ke tempat mengundi bersama ahli keluargaku demi melaksanakan tanggungjawab seorang rakyat Malaysia. Aku yakin dengan keputusan yang aku putuskan ini adalah pilihan terbaik buat negaraku yang tercinta.
Comments
Post a Comment