Lambat

Hi semua, aku nak kongsi satu kisah yang berlaku pada pagi selasa minggu lepas. Ini antara kisah yang agak menyedihkan diatas perbuatan aku sendiri serta rakan-rakanku. Kisahnya terjadi kerana aku serta rakan-rakanku datang ke kelas dalam keadaan lambat 20minit. Ianya berlaku kerana kesalahan aku yang diulik lena kesedapan bertemankan cuaca ukm pada awal pagi yang boleh membuatkan ramai orang ponteng kelas pagi. Disebabkan kesalahan aku serta kawan-kawanku aku didenda berdiri selama 20minit pada pagi itu, aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku akui itu semua atas kesalahan kami juga jadi kami memang patut ditimpa hukuman begitu. Selepas itu, kami memujuk Sir Azwan dengan mengajak dia makan tengahari dan belanja dia makan pada waktu tengahari itu. Alhamdulillah Sir masih boleh berbaik dengan kami. Aku harap perkara sebegini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Comments