Sesal
Sesal antara tajuk yang ingin aku bahaskan pada minggu ini dan perkara yang ingin aku ceritakan ialah sesal dengan silapku sendiri. Sikap yang suka mengambil ringan terutamanya dalam bidang pelajaran sangatlah memberi penyesalan terharap diriku yang tidak sedar akan kebodohan sendiri. Aku tidak tahu apa yang tersemat didalam otak aku pada masa itu sampaikan aku langsung tidak mengambil berat dengan ilmu yang disampaikan oleh cikgu aku pada tingkatan 1 dan tingkatan 2.
Hal ini memberi impak yang sangat besar kerana sesi pembelajaran pada tingkatan 1 dan tingkatan 2 berkenaan dengan asas untuk meneruskan pelajaranku pada tingkatan 3 dan keatas. Oleh kerana sikap malas mengambil tahu itu, aku terpaksa lebih memaksa diri untuk lebih rajin pada tingkatan 3 dan keatas kerana aku sudah banyak ketinggalan dan terlepas dengan sesi pembelajaran tingkatan 1 dan tingkatan 2. Aku harap perkara ini tidak akan berulang lagi kerana ianya memberi kesan yang negatif kepada diri sendiri
Comments
Post a Comment