Keberkatan Rezeki
Pada minggu ini, aku mendapat kebebasan untuk membina satu kisah di dalam blog tanpa diberi tajuk. Maka aku membuat keputusan untuk menajukkan kisah ini sebagai Keberkatan rezeki. Mungkin sesetengah orang menganggap keberkatan rezeki ini tidak penting, tapi bagi aku keberkatan sangatlah penting didalam rezeki lagi-lagi kepada peniaga-peniaga yang mencari rezeki diluar sana.
Ini juga berlaku kepada diri aku sendiri dimana sebelum aku menyambungkan pelajaran aku di UKM aku bekerja selama setahun dan pada setiap bulan aku akan menerima gaji. Pada aku, gaji yang aku menerima itu tidaklah banyak seperti mana orang-orang lain terima nak dibandingkan dengan aku. Akan tetapi, rezeki yang tuhan beri “Alhamdulillah” gaji itu sangat cukup untuk aku menampung keperluan dan serta kehendak nafsu aku yang sentiasa membuak-buak dahagakan sesuatu. Dari itu, aku boleh nampak yang jika rezeki yang kita perolehi dengan cara halal serta berkat. Maka duit yang kita perolehi itu akan sentiasa rasa mencukupi.
Kesimpulannya, kita haruslah menitikberatkan hal ini iaitu mencari rezeki yang halal dan juga berkat untuk digunakan di dalam kehidupan seharian kita kerana ianya sangat memainkan peranan penting.
Comments
Post a Comment