Common sense
Aku ingin membicarakan tentang satu perkataan yang sangat penting perlu ada dalam diri seseorang. Hal ini kerana berlaku pada aku, iaitu kawan yang hari-hari menumpang kereta aku untuk kesana kesini tetapi tidak terdetik untuk selitkan duit minyak.
Ini sangat memberi kesan yang sangat besar kepada aku kerana aku juga seorang pelajar yang sedang berusaha mencari wang demi kelangsungan hidup. Aku juga membuat perkhidmatan “Grab Student” jikalau aku tidak sibuk demi mencari sesuap nasi untuk dihidangkan
Aku harap hal remeh seperti ini terdetik didalam diri kawan-kawanku untuk berkongsi sedikit wang untuk mengisi minyak kereta kerana aku mungkin tidak akan menegur demi menjaga hati kawan-kawanku yang aku baru kenal selama 3-4bulan ini.
Comments
Post a Comment