Panik
Situasi panik yang pernah aku lalui yang tidak pernah dapat ku lupakan ialah dimana kereta aku rosak di tol KLIA pada waktu malam dan aku bersendirian pada masa itu. Ianya berlaku dimana aku belum makan malam dan bateri telefon sudah hampir mati. situasi ini banyak memberi pengajaran dan mengajar aku erti sabar dan berdikari kerana aku perlu menamatkan situasi gentir ini berseorangan.
Pada masa itu aku tidak mempunyai pilihan untuk menyelesaikan masalah itu melainkan perlu menebal muka meminta pertolongan orang sekeliling. Aku menahan hampir 10 orang yang lalu pada masa itu demi menanya nombor telefon tukang baiki kenderaan untuk menyelesaikan masalah yang aku hadapi ini.
Pada jam lebih kurang 11malam, kereta aku sudah selesai dibaiki oleh seorang tukang baiki kenderaan yang datang dari sepang. Alhamdulillah walaupun jumlah bayaran agak mahal kerana luar waktu bekerja tetapi aku rasa sangat bersyukur kerana diberi pertolongan ketika dalam keadaan cemas seperti ini.
Comments
Post a Comment